Enam individu cedera selepas kenderaan dinaiki mereka di rempuh dalam nahas membabitkan 10 kenderaan di Jalan Tun Abdul Razak, Lebuh Ayer Keroh, Melaka pada Jumaat.<br /><br />Kejadian pada pukul 9.15 malam itu dikatakan berlaku selepas pemandu sebuah kereta jenis BMW 330E berusia 38 tahun diserang sawan ketika berhenti di lampu isyarat merah di Taman Chiptaco.
